Kami di Geneva seakan tidak percaya apabila menyedari Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Tempoh sebulan yg dilalui dirasakan begitu cepat sekali. Adakah kami yg terlalu sibuk membuatkan masa berlalu dgn cepat?.
Suasana hari raya yg akan kami sambut di sini tidaklah sama seperti di tanahair. Di sini kat kaca TV atau di kedai2 tidak mengendahkan langsung bulan Ramadhan ataupun Syawal yg bakal tiba. Tiada promosi jualan kueh raya, baju raya etc, also yg menjadi keunjaran tiada last minute hari raya shopping, yg ada hanyalah jualan sempena musim luruh & juga musim dingin tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, pengalaman melalui puasa di tempat org adalah sesuatu yg bermakna. Maka, setiap detik tetap kami hargai kerana satu hari nanti, pasti akan kami rindui.

No comments:
Post a Comment