Kami cuba menjauhkan rasa kesayuan itu. Datangnya kami ke sini bukanlah satu paksaan. Demi menjalankan tugas untuk bangsa & negara tercinta Brunei Darussalam, ini adalah salah satu pengorbanan yg kecil sahaja.Aku segera mandi sunat hari raya. Kemudian bersiap2 tuk pergi ke masjid. Solat sunat Aidilfitri diadakan tpt kul 8.30 pagi. Pagi tadi, langit begitu cerah. Bumi Geneva yg selalunya mendung menjadi indah disinari panas matahari. Rasa sejuk seperti kebiasaan seakan lari demi menyambut hari yg mulia ini. Begitulah anugerah pertama yg Allah kurniakan kepada kami di sini. Aku pergi ke masjid hanya dgn memakai selepar kerana cuaca tidak begitu sejuk. Namun begitu, aku tetap pakai jaket untuk mengelakkan diri dari kesejukan. Pagi tadi aku terasa akan kelainan suasana pagi raya di rantau orang. Takbir sudah dimulakan sejak pukul 8.00 pagi. Tidak seperti di Brunei, takbir di sini tidaklah begitu mendayu & syahdu. Meskipun begitu, mendengarkan kalimah suci takbir itu tetap menyentuh di segenap ruang hati.
Sebaik selesai solat Aidilfitri, khutbah diberikan oleh imam di dalam dua versi iaitu dlm bahasa Arab & France. Terus terang aku katakan, aku tidak memahami langsung apa yg dibicarakan. Cuma sesekali beberapa patah yg disebutkan dapat aku tangkap & fahami. Di penghujungnya, kami semua bangkit & bersalam2an. Bertemu dengan rakan2 dari Malaysia & Indonesia di sini begitu menggamit rasa. Masing2 merasakan kejauhan dgn keluarga tersayang. Aku berjln pulang ke rumah sebaik selesai bersalaman. Tiba di rumah, aku pula yg berkongsi rasa.
Mungkin minggu ini atau minggu depan kami berhasrat tuk menerima tetamu untuk berkunjung ke rumah (open house) bagi meneruskan tradisi kami sekeluarga seperti di Brunei, berkumpul beramai2 sambil menikmati juadah yg dihidangkan boleh mengubat kerinduan. Insya Allah.

No comments:
Post a Comment