Arwah bapa meniggal dunia pada 25 Ogos 2012 yg lalu. Tetap menjadi ingatanku bagaimana arwah bapa menghembuskan nafasnya yg terakhir. Walaupun aku tidak melihat kejadian tersebut dgn mata & kepala aku sendiri, tetapi boleh aku bayangkan melalui cerita abang-abang ku yg ketika itu bersama arwah di saat-saat akhir….
Kali terakhir aku bertemu dgn arwah bapa ialah pd 29 Julai 2011, aku pulang dgn isteri & anak dari Genéva. Arwah bapa kelihatan seperti biasa, cuma aku dapat rasakan dia memerhatikan setiap gerakgeri aku ke mana saja aku pergi. Sememangnya sungguh tak disangka, tarikh tersebut adalah detik terakhir aku bersama arwah bapa yg membesarkan aku dgn penuh kasih sayang.
Punca pemergian arwah bapa ke alam barzakh ialah sakit tua (kematian pd umur 80 th ke atas). Sakitnya adalah sakit mengejut yg membawanya terus nazak.
Alhamdulillah, aku kira pastinya arwah bapa gembira di waktu itu tatkala waktu yg ditunggunya untuk bertemu Tuhannya dipermudahkan oleh-Nya. Syukur kpd hadrat Ilahi kerana arwah bapa tidak diseksa oleh-Nya sewaktu nazaknya menghadapi sakit sakaratul maut.
Aku kira saat-saat kematian arwah bapa cukup sempurna…. dimandikan, dikafankan, disolatkan & dikebumikan dgn sesempurna yg mungkin.
Semoga arwah bapa sentiasa tenang & ceria di alam barzakh menanti saat hari berbangkit, perhintungan & pembalasan. Aaminn.
Al-fatihah untuk arwah bapa….

No comments:
Post a Comment