Sunday, October 18, 2009

10 TAHUN

Hari ini 18/10/2009 genaplah usia Muhammad Adib 10 tahun. Di kesempatan ini Ayah & Mami ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke 10 untuk Muhammad Adib, selamat berjaya & semoga berupaya menjalani zaman remaja yg tidak lama lagi akan ditempuhi.

Cabaran yg pertama ialah untuk menempuh new session (2nd term after Winter break) pd bulan Januari 2010 nanti. Dan cabaran pertama sebagai lelaki ialah berkhatan, akan ditempuhi pd pertengahan tahun hadapan (Summer break).

Muhammad Adib adalah anak kami yg keempat selepas Abdul Aziz (deceased). Maminya mengandungkannya setelah kami habis posting dari S'pore, & dilahirkan di Hospital RIPAS pd awal pagi (2:41 pagi) 18 Oktober 1999. Maseh teringat betapa gementar cemasnya aku menunggu khabar dari bilik bersalin. Kemudian menjelang 3.00 pagi baru dapat pengumuman kelahiran, & betapa gementar mental & fizikal untuk menimang anak yg keempat sambil mengazankannya.

Ari nie 18 Oktober 2009 adalah hari ulang tahun kelahiran c Adib. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Rupanya anak bungsu kami dah pun berumur 10 tahun. Nampaknya makin tualah aku nie.. emmm. Takpa, tua pun tualah, janji rockkk… rock babehhhh!!!. Apa nak buatkan, dah namanya putaran hidup. Takkan aku makin muda pula... hehehe.

Bila tanya cita2 Adib, ini jawabnya “Adib nak jadi millionaire!!!… Walau apa jua yg Adib minat, kami tak pernah halang. Cuma jgn minat yg bukan2 & tak masuk akal.

Untuk Adib sekali lagi kami ucapkan ”SELAMAT HARI JADI KE 10. SEMOGA ADIB PANJANG UMUR, SIHAT SENTIASA, PANDAI, JADI ANAK YANG BAIK, LAGI APA YE... PENDEK KATA JADILAH YANG BAIK2 BELAKA... AMINNNN!!!! ”

No comments: