
aii, mengapa anda perlu putuskan hubungan cinta dengan si dia?. Anda miliki alasan sendiri….
Tiada hubungan cinta yang tidak dapat diselamatkan melainkan tidak wujud keikhlasan dan kesabaran di dalam hubungan tersebut. Hari ini, Wednesday, Oktober 15, 2008 musnahnya sesebuah perhubungan kerana tiada keikhlasan. Hari ini hancurnya sesebuah hubungan kerana tiada kesabaran. Kedua-dua anda perlu ikhlas dan sabar. Jika salah seorang daripada anda sahaja yang ikhlas dan sabar maka lebih baik putus! “Both of you are not meant to be”. Mungkin anda sahaja yang ikhlas dan sabar di dalam perhubungan cinta. Usah risau, selagi ada kemampuan cari saja pengganti. Biar hilang kekasih tetapi jangan hilang cinta!
Setelah sekian lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang dimaksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.
Salah satu kata yang pernah disampaikankan Malaikat Jibrail kepada Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang lebih kurang berbunyi: “Cintai dan sayangilah kekasihmu sepuas-puasnya tetapi ingat kamu pasti akan berpisah dengannya”. Ini membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba, cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yang tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal.
Setiap apa yang berlaku di sekeliling kita yakin dan pastilah ada hikmah di sebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam-dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah.
Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata di pipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman….
.... ia wah? 
No comments:
Post a Comment